Saiyidah mengalami demam campak dengan agak teruk. Selama lebih 2 minggu Saiyidah bergelumang dengan kesakitan tersebut. Campak nie berjangkit dari ibu. Kesian Saiyidah tak pasal-pasal dia kena. Nak buat macamana kan dah duduk serumah....mengelak-mengelak pun akhirnya terkena juga Virus Campak nie. Tapi Saiyidah merupakan orang kedua yang kena selepas ibu. Ada orang kata orang kedua nie kena lebih teruk dari orang yang pertama. Mungkin ada benarnya. Masa ibu kena dulu awal-awal ibu dah minta injection supaya Virus Campak tu terencat. Tapi untuk Saiyidah doktor tak syorkan supaya disuntik tetapi doktor menyuruh biarkan Virus Campak tu menyerang Saiyidah sehabis mungkin supaya Saiyidah ada Imunisasi yang kuat dan tidak kena di masa-masa akan datang...insyaaallah..Amin.